Rabu, 17 September 2008

TERKORBAN HANYA GARA2 RM12 SAHAJA

HASRAT MULIA SEORANG DERMAWAN DI INDONESIA UNTUK MEMBUAT AMAL DI BULAN YG MULIA INI AKHIRNYA MENGUNDANG TRAGEDI APABILA 21 FAKIR MISKIN YG BEREBUT- REBUT UNTUK MENDAPATKAN WANG ZAKAT DARI DERMAWAN TERSEBUT TERKORBAN. WANG ZAKAT TERSEBUT YG BERNILAI RP30,000 ITU MENJADI PUNCA SEBAHAGIAN DARIPADA RIBUAN FAKIR MISKIN BERSESAK2 DIHADAPAN PINTU RUMAH DERMAWAN TERSEBUT DENGAN HARAPAN AKAN MEMPEROLEHI ZAKAT TERSEBUT YG NILAINYA DI NEGARA KITA LEBIH KURANG HANYA RM12 SAHAJA.

KEADAAN MANGSA YG TERKORBAN DAN TERSEPIT DI PINTU RUMAH TERSEBUT
TRAGEDIS PERISTIWA INI MENGUNDANG PERASAAN INSAF DAN KESEDARAN YG TINGGI KEPADA KITA SEMUA BERTAPA PERLUNYA KITA MUHASABAH DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI RAKYAT NEGARA INI YG MASIH LAGI BERTUAH. WALAUPUN TIDAK DINAFIKAN, MASIH ADA LAGI RAKYAT NEGARA INI YG MASIH HIDUP MISKIN DAN KETINGGALAN DARI SEGI PEMBANGUNAN, NAMUN KITA PATUT BERSYUKUR TIDAK DIUJI SEPERTI SAUDARA KITA INI DAN DI LAIN-LAIN NEGARA YG MASIH HIDUP DALAM KEADAAN SERBA KEKURANGAN.... WALLAHUALAM.

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum Anakku Cendawan Melayu,

    Mak Cik pun sedih baca berita ini semalam. Begitulah cerita ada juga yang begitu sengara hidup mereka hingga nyawa dipetarungkan hanya untuk beberapa RM.

    Mak Cik gambar ibu yang disisi mayat anaknya yang mati. Sudah tidak ada ratapan pilu menggunung kerana itulah hakikat yang ditanggungi, kepiluan tiap hari celik mata dari tidur. Berat mata memandang berat lagi mata yang memikul.

    Sabab tahun juga di Jakarata ramai yang terkorban pada pembahagian daging korban pada Aidil Adha. Mereka cuma merasa makan daging pada Hari Raya Korban.


    Sebab itu Mak Cik selalu berpesan pada diri sendiri dan semua, kita di Malaysia ini berSyukurlah!! Bersyukur atas limpahan rezeki yang Allah swt kurniakan pada kita semua.

    Jika kita berSyukur padaNYA, dia ALlah swt akan menambah segala rezeki dan kurniaan DIA pada kita dan inilah Janji Allah swt pada kita semua.

    Allah swt tidak memungkiri janji. Hanya manusia yang sering suka menabur berjanji dan memungkiri janji janji mereka.

    WaAllahuAlam.

    Cendawan,

    Indah sungguh pohonmu untuk umat sejagat yang hidup atau mati. Terima Kasih.

    BalasPadam
  2. kalau malaysia macam nie boleh juga anwar kata kita miskin dan perlukan kerajaan rakyat...

    kita setakat rm50 pun kalau jumpa bagi kat masjid lagi...

    lihat drama anak ku bukan anak ku..begitulah orang miskin nak harta orang tapi kalau yg kaya bukan main kaya... bayangkan dia begitu kaya bagi zakat kat sebiji kampung...

    BalasPadam
  3. Salam saudara ku, Kulatlapok.

    Wajib kita bersyukur atas nikmat yang beri, rezeki yang dikurniakan.

    Catatan saudara meningkatkan rasa insaf dalam diri saya.

    Semoga rahmat ALLAH buat saudara dan keluarga.

    Salam takzim

    BalasPadam
  4. salam :
    1. Makcik yg budiman;
    2. Kerajaan Rakyat;

    Teringat lirik INTEAM - 'DISINILAH KITA'

    Di sinilah kita
    Merancang dan bertindak
    Memerah fikiran
    Dan melerai masalah

    Namun kita tetap manusia
    Tenaga kita tak ke mana
    Fikiran kita ada sempadannya

    Di sinilah kita berfikir dan berkerja
    Namun kita tetap lemah
    Hanya bersyukur pada Tuhan

    Kita pastinya akan gagah
    Selagi kita terasa lemah
    Selama kita tunduk dan menyerah
    Pada kehendak dan kudratnya

    ...Wallahualam.

    BalasPadam
  5. salam abie terjah;

    tidak dinafikan rakyat negara ini masih ada yg daif dan miskin. Ramai ada yg dermawan tetapi negara kita mempunyai agihan yg bersistem agar semua mereka yg serba kekurangan dapat diagihkan secara adil.

    BalasPadam