RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Rabu, 30 November 2011

KAK IJAT: "SAYA DAH TAK LARAT NAK SENYUM LAGI..."

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.
Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi, katanya di sini.

Namun semakin lantang Kak Ijat bersuara mempertahankan dirinya di pentas UMNO, kini semakin banyak pendedahan dibuat oleh PKR. Kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan lot tanah pula di di sini. mmmmmm.... memang patutpun Kak Ijat kita nie, tak larat nak senyum lagi..!!!

Isnin, 14 November 2011

LEMBU PUNYA SAPI SHARIZAT YG DAPAT NAMA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada asas untuk mendakwa isu projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil di sini dan menyerahkan kes tersebut untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut suruhanjaya itu, keputusan itu dibuat setelah merujuk kepada bahagian perundangan dan pendakwaannya yang mengaklasifikasikan aduan yang diterima bawah kesalahan Kanun Keseksaan. Kes tersebut dilihat para pemerhati politik adalah sangat serius dan sehingga kini tiada ulasan langsung dari pemimpin kanan UMNO mahupun BN untuk mempertahankan isu pembelian kondo melaikan hanya Ketua Pemuda, KJ dan Menteri Pertanian, Noh Omar sahaja yg bersuara mempertahankannya.


Sikap membisu Ketua Wanita UMNO, Shahrizat sehingga kini belum lagi bersuara mempertahankan penglibatan keluarganya boleh mendatangkan prasangka yang berlarutan oleh rakyat. Malah sehingga kini seluruh ahli Wanita Umno juga terus membisu dengan skandal NFC yang melibatkan ketuanya itu.

Sabtu, 12 November 2011

BERITA DUNIA: LEMBU MALAYA DAH DUDUK KONDO BERHARGA RM9 JUTA?




Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta katsini...


Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.


HAHAHAHAHAHAHAHAHA.... ini bukan soal untuk mendapatkan pelaburan bahalol..!! SOALNYA PERUNTUKAN ITU DISALAH GUNAKAN, DALAM ERTI KATA 'SUDAH PECAH AMANAH'..... RAKYAT SEDANG LIHAT DAN TUNGGU APA KATA SPRM ..??