Selasa, 19 Januari 2010

CHE DET BUAT-BUAT TERKEJUT..?

"Saya ingat kita dah hentikan penjualan tanah kita kepada Singapura, rupanya didapati beratus lori di sini membawa muatan tanah silika menyemberang keluar dari Johor ke Singapura setiap hari" kata Mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ingatkan lepas zaman Che Det bahan mentah tu dah dihentikan penjualannya ke Singapura malah kini ianya lebih rancak lagi sehingga 700 lori sehari.
Tapi rasanya Che Det tak perlulah rasa terkejut kerana amalan itu telahpun dilaksanakan pada zaman era Tun dahulu. Cuma kali ini kerajaan perlu memantau penjualan bahan2 mentah bukan sahaja pasir malah air dan lain2 yang memberi keuntungan kepada terutama jika ada individu2 yang berkepentingan dalam kerajaan mengambil kesempatan hasil dari penjualan bahan mentah tersebut.
Rakyat tidak mahu melihat suatu hari nanti bukan sahaja bahan mentah seperti pasir dan air saja yg kita jual, malah rakyat kuatir disebaliknya nanti terjadi seperti isu BATU (PULAU PUTIH) yang sejemput itupun dah tergadai pada Singapura. Wallahuaalam.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita jual air mentah kat Singapura dengan harga rendah, pas tu air bersih kita beli balik pada singapura dengan harga 3x ganda dngan harga yg dijual.sapa yg cerdik?

dulukini berkata...

bagi aku senang saja. kerajaan BN kita mmg bangang dan bodoh itu aje.

Tanpa Nama berkata...

dULU MEREKA TAMBAK LAUT BUAT TEBUS TANAH, KITA SEMUA MARAH, SEBAB MENGAMCAM NELAYAN KITA, TAPI KITA MARAHKAN SINGAPURAN KITA JUGA YG JUAL PASIR KAT SINGAPURA, SIAPA SEBENARNYA YG BANGGANG???

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN