RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN

Selasa, 25 November 2008

SI PEMBOHONG YANG DAPAT PEMBELAAN...

Dewan Rakyat hari Selasa menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Karpal Singh untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi ketika membuat keputusan itu berkata, kenyataan Nazri bahawa bekas Ketua hakim Negara dan lima hakim yang lain diminta berhenti bukan dipecat semasa dibahaskan minggu lalu, bahawa beliau 'tidak berniat' untuk mengelirukan dewan.....seterusnya klik sini.

"Hei..!! Piiiiiiirrahhh....lu orang loghat sangat apa hal..?? Lain kali jangan lawan speaker, kan dah kena gantung tak leh masuk dewan. Tengok cam aku ni.. ngaku aje lah... tak kena apa2 pun.??"

KULAT: Terang dan nyata bahawa Datuk Seri Nazri Abd Aziz memang berbohong di Dewan Rakyat mengenai isu hakim dipecat berdasarkan dari pengakuannya sendiri. Bila ditanya berkali2, dalam keadaan sedar, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa hakim tersebut tidak dipecat tetapi akhirnya mengaku tersilap dan tidak berniat untuk mengelirukan fakta. Itupun setelah diperbetulkan sendiri oleh Mantan PM, Dr.Mahathir yg membuat pengakuan bahawa hakim itu dipecat. Kenyataan Yeop ini memang sahih mengelirukan dan ianya disaksikan sendiri oleh rakyat dari seluruh negara. Namun seperti yang telah diduga beliau selamat dari dikenakan tindakan, malah orang yang mempertikaikan... (klik sini) tindakan speaker pulak yang kena tindakan.
Menurut kenyataan Timbalan Speaker: YB Menteri, Ahli Parlimen Padang Rengas itu didapati tidak berniat untuk mengelirukan dewan yang mulai ini. Beliau didapati hanya membuat kesilapan 'fakta' sahaja. (Kesilapan Fakta..?? Isu dah berpuluh tahun, tapi tak tahu fakta. Memang betul, ada orang kata peguam adakalanya kena 'putar belit' untuk menang kes... betul ke?
Itulah sebuah parlimen yang ada di dalam negeri yang bernama Malaysia. Malah dengan perasaan bongkak pula si Yeop Padang Renggas ini juga langsung tidak mahu meminta maaf kerana merasakan tidak ada keperluan meminta maaf....? (klik sini) baginya untuk berbuat demikian. Apa yang pastinya, Yeop ni telah mengaku silap. Maknanya dia telah mengelirukan rakyat di dewan yang dianggap mulia. Namun oleh kerana dia terlalu patuh dengan peraturan parlimen dan Speaker, akhirnya dengan senyum, Yeop ni idakle dikenakan apa-apa tindakan. Esok lusa dan sepanjang perbahasan parlimen nanti, kalau lain-lain MP yang silap fakta atau cuba mengelirukan lagi dewan, tidak mengapa asalkan jangan melawan taukei (speaker) sudah. Wallahualambissawabb.

Ahad, 23 November 2008

6 KETUA MENTERI, 6 ADUN, BABI TETAP TERPELIHARA

Terserlahnya sikap double standard pihak kerajaan BN yang masih terus berlaku zalim dan kejam terhadap rakyat. Kerajaan negeri sanggup menganyang khasnya orang melayu itu sendiri demi menjaga kepentingan politiknya. Sekarang jelas juga kepada kita, pihak berkuasa milik kerajaan BN ini lebih gentar kepada tuntutan penternak babi dari rayuan dan rintihan rakyat marhain di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka yang hidup bergelomang dengan bau najis babi sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Bayangkan seorang anak jati kelahiran di situ yang sekarang sudahpun berusia 42 tahun, penternakan babi di kawasan itu masih lagi beroperasi seusia pemuda tersebut.
Ini bermakna ternakan babi di situ sudah ada sejak sebelum pemuda itu lahir lagi. Siapa sebenarnya yang hendak masyarakat persalahkan? Penternak atau pihak-pihak yang terbabit seperti pengeluar lesen, Pejabat Tanah, Jabatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pihak Majlis Perbandaran dan apa sahaja yang berkaitan. Apa yang pastinya agensi-agensi ini ada hubungan langsung dengan pihak kerajaan negeri. Mengapa mereka ini tidak mengambil tindakan sewajarnya dari dahulu lagi? Operasi bersepadu bagi mengurangkan ternakan khinzir daripada lebih 100,000 ekor kepada 48,000 ekor di kawasan Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok di Melaka pada tahun lepas adalah merupakan peluang terbaik kerajaan negeri untuk melaksanakan tuntutan rakyat.
Namun ianya terpaksa ditangguhkan apabila berlaku ketegangan di antara penternak dengan pihak berkuasa. Namun pihak berkuasa terpaksa pulang dengan hampa apabila enam jentera pengorek yang dibawa untuk menggali lubang bagi menghapuskan babi di ladang tersebut serta enam trak polis, termasuk yang dilengkapkan dengan meriam air tidak dapat menyempurnakan tugas untuk membunuh babi-babi sepertimana yang dirancang.
Apakah maknanya semua ini yang timbul berbagai persoalan dari rakyat kenapa dan mengapa kerajaan negeri takut untuk bertindak? Kini sudah 6 Ketua Menteri Melaka dan beberapa ADUN kawasan tersebut telah bertukar tangan, namun babi di situ tetap gagah berdiri dan Melaka tetap akan terkenal lagi sebagai pengespot utama babi di Asia Tenggara. Syabas, kerajaan negeri dan bertepatan dengan slogannya Melaka Dimana Segalanya Bemula.!!
Demontrasi oleh UMNO DUN Kuala Linggi yang dibuat di Pekan Kuala Sungai Baru pada 23 November 2008 (Ahad), yang turut disertai perbagai pertubuhan kawasan tersebut.














Inilah Sungai Tuang, saluran utama sisa najis babi yang mengalir ke laut


Sisa-sisa najis babi terus mengalir keluar ke pantai Sungai Tuang sejak sedekad lalu


Inilah "Pahlawan Babi"- Operasi kerajaan negeri yang gagal, hanya kerana semata-mata untuk mengambil hati pengundi kaum Cina. Mereka akhirnya berjaya menghalang pihak kerajaan bertindak ke atas mereka dan sehingga kini BABI tersebut dapat hidup aman dan damai di Kampung Paya Menkuang, Kuala sungai Baru...


KULAT: Hairan juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Melaka ni terutama Calon Timbalan Presiden UMNOnya . Kisah babi yang belum dilaksanakan di negeri Selangor dan Kedah, bukan main kritik lagi. Tapi di negeri sendiri yang sudah wujud sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu tak dapat diselesaikannya walau 5 Ketua Menteri sudahpun bertukar tangan . Apa dah jadi dengan ADUN kawasannya?? Bagaimana dengan perbelanjaan pilihanraya kawasan?? Adakah kerajaan negeri atau YB2 kawasan ini suatu ketika dulu pernah mendapat sumbangan dari mereka?? Wallahualam.

Sabtu, 22 November 2008

"SAYA TIDAK BUANG DIA" - PUTUS SUDAH KASIH SAYANG......

"Saya reda malah tidak menghirau tanggapan orang ramai terhadap duda anak lima yang menjadi pilihan hati saya itu. Saya tidak kisah dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan dan sukar untuk bertutur. Memang ramai orang yang akan memperkatakan mengenai perkahwinan kami ini. Tetapi ini adalah keputusan saya dan ia bukannya kerana atas dasar terhutang budi ataupun sebab-sebab yang lain. Kasih sayang saya terhadap Abang Bayu tidak pernah berubah. Malah saya sudah bersedia untuk berkongsi kepayahan bersamanya". Demikianlah kata-kata 'keikhlasan' (cerita seterusnya klik sini) Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, penyanyi berusia 23 tahun kelahiran Kuching, selepas majlis akad nikahnya di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur pada 19 Disember 2006.

"KAU LILIN CINTA KU" - Kenangan Manis Seri Bayu ketika menyerahkan mas kahwin RM80 kepada Erema bersama sebentuk cincin emas selepas mereka diijabkabulkan. Kini cinta lilinnya telah terpadam.

Itu dulu, tapi sekarang.........

"Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah. Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," Demikian pengakuan penyanyi Erema mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu. Erema, telah memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini setelah hanya mampu belayar bahtera bersama sebagai suami isteri selama dua tahun. (cerita seterusnya.... klik sini).

KULAT: Bila cerita tentang 'KEIKHLASAN' ni sebenarnya agak sukar kita nak tafsir dan terjemahkannya dengan perbuatan. Adakalanya apa yang tehambur dari mulut yang manis tidak seiring apa yang ada di dalam hati. Teringat kulat dalam satu hadis yang diRiwayatkan Ibnu Majah iaitu: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal? Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Bagindapun berkata:” Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” Walau bagaimanapun 'keikhlasan' itu sebenarnya adalah milik Allah swt. Tidak ada seorang manusiapun di dunia ini dapat menghuraikan cara keikhlasan sebenar. Hanya dia sahaja yang mampu menterjemahkan sesorang hambanya itu melakukan sesuatu dengan sifat 'IKHLAS'. Apapun apa yang berlaku kepada Erema dan Seri Bayu ini adalah hal dalam sesebuah rumahtangga. Kegembiraan dan kesusahan, hanya mereka berdua sahaja yang mengetahuinya. Bagi Seri Bayu, penderitaan yang ditanggungya adalah ujian untuk dirinya. 'Lilin Cinta'nya terus terpadam bersama penderitaan yang ditanggungnya. Semoga beliau dapat meneruskan kehidupan ini dengan lebih tabah. Wallahu'alam.

REALITI SODOMI: ADUHH...!! SAKITNYA PUNGGUNGKU....

This alleged thief had to be rushed to hospital last night after being impaled on a fence. The incident took place at the East London museum. The suspect is alleged to have broken down the back door to the museum. The alarm went off, giving him a fright, and he ran away. He climbed a tree and then attempted to jump over the fence. However, he lost his footing and was impaled by one of the spikes on the fence. The man was discovered by a tow truck driver who heard his cries. The man was taken to Frere Hospital and it is understood.

Seorang pencuri telah dikejarkan ke hospital semalam setelah ditemui 'tertusuk' di atas pagar. Kejadian berlaku di sebuah muzium di timur London. Suspek disyaki telah memecah masuk melalui pintu belakang muzium. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja loceng penggera keselamatan muzium berbunyi, suspek yang terkejut cuba melarikan diri dengan memanjat sebatang pokok untuk melepasi pagar. Cubaan tersebut gagal apabila suspek gagal mengimbangi badannya lalu tertusuk pahanya di atas pagar yang runcing. Jeritan kesakitan suspek telah didengari seorang pemandu trak tunda yang melalui kawasan tersebut dan menghantarnya ke hospital.

INILAH AKIBATNYA.........





KULAT: Kalau macam ni sodomi, memang real punya. Tak perlu nak angkat sumpah "muhabahalah". Tengok saja besi yang tercucuk pada punggungnya tu. Hampir 24 inci panjangnya tu. Pas tu tajam pulak hujungnya, pehhh...memang ngeri. Orang dah kata jangan 'main belakang'. Nah sekarang sendiri buat sendiri dapat rasa. Auwwww...sakitnya punggung akkuuuuu.....!!!!!!!

Khamis, 20 November 2008

"WANITA TAK ADA ANU DICELAH KANGKANGNYA" KATA NAIB CANSELOR UM

Datuk Rafiah: Bekas NC UM
"Sometime i can get very rude, just because we are women, and we don't have that thing between the legs so we are not good." Dalam bahasa Melayunya "kadangkala saya boleh menjadi biadap, hanya kerana kami wanita dan kami tidak ada benda itu di celah kangkang, maka kita tidak bagus," kata Rafiah bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak disambung perkhidmatannya. Datuk Rafiah Salim menjadi berang dan terhina kerana beliau hanya dimaklumkan tidak akan disambung kontrak dalam masa lebih kurang 48 jam sahaja. (baca seterusnya dari rakan blog - ajeem.....klik sini)

KULAT: No komen, bab2 perlantikan ni terpulanglah kepada menteri yang bertanggungjawab mengendalikannya. Ada kalanya prestasi kita juga menjadi peranan untuk terus kekal selesa di atas. Kalau tidak..... setitik peluh yang dicurahkan, sedikit pun tidak akan dihargai.. Wallahualam.

Rabu, 19 November 2008

APA SEBENARNYA MUSLIHAT KAK PIDAH..??

Sehingga hari ini, Kak Pidah tetap menyandarkan pendiriannya dengan keputusan Mesyuarat Exco Wanita sebelum ini iaitu pelan peralihan kuasa kepemimpinan pergerakan itu kekal pada Jun 2009, manakala jawatan Ketua dan Naib Ketua yang kini disandang oleh kedua-duanya, tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Mac depan. Turut hadir membuat keputusan bersama itu ialah Naib Ketuanya, Mami Izat serta lain-lain Exco Wanita.
Namun begitu, kehadiran Mami Izat rupanya tidak senada dan seirama dengan ketuanya selepas Makcik Kamiliah melontarkan batu di air yang tenang. Justeru kini terdapat dua aliran dalam Wanita ketika ini iaitu ada yang mahu pelan peralihan kuasa dipercepatkan dan ada yang mahu ia kekal pada Jun 2009. Lantaran itu keputusannya, Wanita harus mencari penyelesaiannya sendiri dan sekiranya tidak berjaya, acara pertandingan pasti tidak dapat dielakan. Apapun di saat yang genting ini, rakyat terutamanya ahli2 Wanita sayap UMNO ini kini sedang ternanti2 akan keputusan penting yang bakal dilontarkan oleh Mami Izat pada Khamis (20/11/2008) ini.


KULAT: Kak Pidah kini dilaporkan sedang bercuti di Hong Kong. Mungkin beliau sedang mencari ketenangan dan membuat kira2 (strategi) di sana sama ada hendak melepaskan jawatannya atau memberikannya secara percuma kepada pengantinya. Apapun kemelut yang timbul ini terus menjadi tandatanya kepada pemerhati politik, mengapa dan kenapa Kak Pidah terlalu berat untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini atau dengan senang kata melepaskan jawatannya terus kepada pengantinya. Kini beliau seolah-olah sanggup melihat status jawatan tersebut nanti hanya dipangku sahaja oleh Timbalannya manakala jawatan Naib pula kosong begitu sahaja dalam tempoh yang lama.
Sebenarnya Kak Pidah bukan calang2 pemimpin. Beliau antara pemimpin Wanita paling lama berkuasa. Walaupun pernah tewas pada Siti Zaharah, namun beliau tetap diberi kepercayaan oleh Mahathir dengan terus menjadi Menteri Penuh. Itulah keistimewaan Kak Pidah. Namun ada juga yang mengatakan Kak Pidah ni macam ganas sikit kalau buat statement, suaranya kalau tak tinggi sikit macam tak ada ummphhh. Tak macam Mami Izat ada sedikit kelembutan dan mesra rakyat. Namun disebalik ketegasan untuk tetap dengan pendiriannya sebenarnya senario ini seperti ada muslihat dan tersirat yang hanya Kak Pidah seorang sahaja yang tahu. Mungkin Kak Pidah akan berubah hati selepas balik dari Hong Kong nanti dan akan mengumumkan suatu keputusan yang mengejutkan? Wallahualam.

Ahad, 16 November 2008

PENGKID, HASIL PRODUK DARI ISLAM HADHARI..?



ISU PENGKID: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

CARA PEMAKAIAN WANITA:
AGAMA ISLAM SENDIRI TELAH MENJELASKAN: DALIL AL-QURAN:
Ada beberapa dalil yang menunjukkan wajibnya menutup aurat bagi wanita muslimah, antara lain : Dalam al-Quran surah An-Nur ayat 31, "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumurnya (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,"

ANTARA BEBERAPA PERISTIWA MASALAH TUDUNG YANG DINAFIKAN OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI.
1. Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15 hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat negeri kerana tidak membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];

2. Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai 65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];

3. Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan Malaysia 27 Februari 2006];

4. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar semasa bertugas pernah memeranjatkan banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006];

5. Namun isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia 26 Mac 2006];

Manakala cadangan untuk memertabatkan jawatan MUFTI untuk mewujudkan jawatan Mufti Negara atau mufti bertaraf nasional ataupun kebangsaan telah ditolak oleh kerajaan Islam Hadhari dengan alasan 'belum ada' keperluan (Tiada Hasrat...klik sini) kepada negara dan akan diwujudkan jika terdapat keperluan kepada negara satu hari nanti.

KULAT: Jelas di sini, Hukum Islam itu sendirinya telah meletakan aurat wanita itu 'wajib' .Kemuliaan Mahkota Wanita’ dipilih secara simboliknya kerana rambut dikaitkan sejak sekian lama dengan kecantikan dan kemuliaan wanita (penjelasan lanjut.....klik sini). Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat Islam. Cara hidup sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, bimbangilah dan fikirkanlah isu ini untuk Agama, Bangsa dan Negara. Wallahualam.

Sabtu, 15 November 2008

KALAULAH BUKAN MAHATHIR YANG CAKAP....

Bagi beliau, tindakan membangkitkan persoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu itu sendiri sebenarnya adalah bersifat perkauman. Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, jika seseorang itu diterima oleh rakyat Malaysia, dia layak (BUKAN MELAYU) untuk menjadi Perdana Menteri. Ini buktinya kenyataan mantan PM (Dr. Mahahthir) itu ....klik sini.

KULAT: Kenyataan mantan PM itu mendapat reaksi berbeza dari pemerhati politik tanahair terutama kepada panglima2 UMNO dan penjuak2 nya. Namun, kenyataan Mahathir ini sebenarnya pernah diketengahkan oleh PAS sejak sekian lama dahulu. Kini diungkit kembali demi untuk mencari sokongan pengundi bukan melayu. Apakah komen mereka yang begitu menjaga kepentingan 'KETUANAN MELAYU' sehingga kini seolah2 kenyataan mantan PM itu tiada komen panas dari juak2 UMNO. Kulat percaya situasi ini mungkin lebih 'panas' kalau isu 'BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM' ini dinyatakan oleh pihak2 dari Pakatan Rakyat terutama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sering menimbulkan isu 'Orang Melayu'. Penjuak2 UMNO pasti bersilat bersama keris pusaka terus di hunus dan laungan 'TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA' kedengaran seluruh negara. Mereka pasti mengegarkan negara ini bersama2 dengan para pelajar UiTM, pertubuhan Gabungan Melayu Perak, UMNO Pulau Pinang dan lain2 penjuak akan berdemontrasi mempertahankan ketuanan melayu bagi menentang isu kepimpinan negara ini jika ianya dipimpin oleh bangsa lain. Mereka pasti akan mengatakan.. PKR 'Pengkianat Bangsa Melayu'........Wallahualam.

Jumaat, 14 November 2008

MAZNAH PULAK SEMACAM TERASA RALATNYA....

Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan pula menyelar anggota exco pergerakan itu Datuk Kamilia Ibrahim yang berkeras untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan menolak pelan peralihan kuasa pergerakan itu yang dipersetujui pada 4 Ogos lepas. Maznah merasakan jika ada pertandingan di pucuk pimpinan, ini bermakna Datuk Kamiliah akan menang percuma dan situasi ini baginya tidak adil kepada Wanita Umno. (seterusnya......... klik sini)


KULAT: Sebenarnya Maznah juga kepingin untuk menduduki jawatan no. 2 tetapi beliau terlalu setia dengan 'primadona airmata' ketuanya. Beliaupun tidak menyangka akan berlaku teknikal error dan mungkin terasa 'ralat' kalau ada pertandingan, kerana merasakan beliau juga berpeluang. Walau bagaimana pun, Ketua Wanita Umno Pahang itu akan bekerja bermati-matian untuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekiranya beliau ditentang oleh Kamilia bagi jawatan naib ketua. Apapun hasrat Maznah itu rasanya sudah terlewat dan Datuk Kamiliah juga tidak kurang hebatnya berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima. Ini merupakan 'signal' wanita yang mahukan pucuk pimpinan di atas perlukan 'perubahan'. Apakah Mami Izat tetap dengan pendiriannya untuk setia dengan ketuanya atau kini sedang berfikir2 untuk membuat pengumuman penting atau sedang memasang strategi menghadapi Datuk Kamiliah, sama2lah kita tunggu. Jangan sampai tergigit jari sudah......Wallahualam.

Khamis, 13 November 2008

AKHIRNYA NAZRI MENGAKU.....

Nazri: Oiii..!! Lu orang ni apa kecoh2, aku cuma tersilap cakap je.........!!!!


Akhirnya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, mengaku kesilapannya yang membuat pengumuman secara terbuka di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa tidak mempunyai niat untuk berbohong atau menyembunyikan fakta mengenai status hakim yang dipecat itu sehingga menemui surat yang diberikan sekretariat Kabinet berhubung perkara berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, mengesahkan dan mengakui bahawa keenam-enam hakim yang menerima bayaran ex-gratia sebenarnya dipecat. "Saya kesal dengan kenyataan saya di Parlimen kerana membuatnya tanpa berdasarkan fakta yang cukup..... (seterusnya klik sini)

KULAT: Ketelanjuran Nazri itu tetap telah melanggar di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengeluarkan fakta yang mengelirukan Parlimen. Apapun rakyat tetap menunggu keputusan sama ada Nazri perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa memberi kenyataan tidak benar itu kepada dewan. Rakyat berharap Dewan Rakyat perlu memandang serius dan tidak akan memilih bulu mengenakan tindakan kepada ahli parlimennya.

Selasa, 11 November 2008

SHARIZAT MULANYA TERUJA KINI DILEMA

Mami Rizat: Alamak..!! Kak Kamiliah lak buat hal, ini yang buat aku serba salah ni. Buatnya aku kalah mempertahankan jawatan N0. 2 ni, malu aku. Hai...dilema, dilema... nak lawan ke tidak.? lawan ke tidak.? lawan ke tidak..? iskk....tunggguuuuuuuu jelah keputusan aku.....

Selepas lebih 24 jam Wanita Umno mengadakan mesyuaratnya dan telah pun bersetuju dengan perlalihan kuasa (Jun 2009) seperti yang dirancangkan, kini dua pemimpin kanan pergerakan itu membayangkan petanda baru yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Selepas 'teruja' dengan jumlah pencalonan yang tidak diduganya sama sekali untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita, kini Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berada dalan situasi kepanasan dan 'dilema' apabila exconya Datuk Kamiliah Ibrahim yang telahpun layak pencalonannya bersetuju untuk meneruskan hasratnya bertanding jawatan no. 2 pergerakan tersebut.
"Jika kita teruskan keputusan yang dibuat pada Ogos 2008, ini akan menyebabkan jawatan Ketua Wanita Umno hanya kekal bagi tempoh tiga bulan selepas pemilihan. Seterusnya jawatan Ketua Wanita Umno hanya sekadar memangku bagi tempoh tiga tahun manakala jawatan Naib Ketua Wanita terpaksa dikosongkan. "Pelan Peralihan Kuasa Sharizat dan Rafidah akan merugikan kepimpinan Wanita Umno dalam senario politik hari ini" kata Datuk Kamiliah Ibrahim yang memanaskan kembali pergerakan sayap UMNO itu.

KULAT: Tidak sampai 24 jam persetujuan yang diambil oleh pergerakan itu, kini ianya bakal terungkai semula dan senario ini meletakkan Mami Rizat dalam keadaan gundah gulana. Sifat kesetiaanya pada ketua semakin tercabar dan Mami Rizat perlu membuat sesuatu jika tersilap langkah, jawatan yang sepatut menjadi idamannya terlepas dari gengaman. Beliau harus akur bahawa dalam wanita masih ramai ahlinya yang berkaliber. Ketuanya seolah-olah masih lagi dahagakan 'kuasa'. Memang ada kebenaranya seperti apa yang dikatakan oleh Datuk Kamiliah itu yang perlu diambil serius oleh Mami Rizat jika beliau mahukan kerusi empuk sayap UMNO itu. Jika tidak, kesihan Mami Rizat, sudah yang nak dikejar tak dapat, yang dah dikendung lak berterabur keciciran. Gigit jarilah nampaknya anak mami UMNO ni. Kesian dia...........Wallahualam.

Isnin, 10 November 2008

SHARIZAT SEBENARNYA 'TERUJA'

Dulu Kak Pidah rasa 'terkilan' tak disenaraikan dalam kabinet Pak Lah

Bisikan hati:
Kak Pidah: Sampai hati kau Rizat, belum sampai masa lagi kau dah tak sabar nak amik kerusi aku.
Mami Rizat: Tak sangka rupanya aku ni ramai penyokong. Dapat juga aku jadi Ketua Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa akur dan menghormati keputusan yang telah dibuat oleh exco Wanita dan menghormati pelan peralihan yang diumumkan Ogos lalu oleh ketuanya dikekalkan sehingga Jun 2009. Sebelum itu, satu kenyataan akhbar iaitu "Wanita bertemu pagi ini, 'kata dua' Shahrizat kaji semula pelan peralihan" iaitu Pergerakan Wanita Umno yang telah mengadakan pertemuannya di ibu negara dan Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah meminta Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz supaya mempertimbangkan untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap itu.

Shahrizat yang terus menerima pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita Umno mahu langkah itu diambil supaya selaras dengan pemilihan parti peringkat pusat Mac depan serta berdasarkan perkembangan Umno masa kini. Beliau meminta kebijaksanaan serta kerjasama Rafidah untuk mempertimbangkan tarikh peralihan jawatan itu diselaraskan seiring sejalan dengan Umno induk, Pemuda, Puteri pada Mac 2009 sempena perhimpunan Agung Umno iaitu tiga bulan lebih awal daripada bulan Jun depan. Mengikut rasional Shahrizat, semasa Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu Ogos lepas, Perhimpunan Agung Umno dijadualkan berlangsung pada Disember ini, manakala tarikh peralihan kuasa antara Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun Perhimpunan Agung Umno ditangguhkan sehingga Mac depan, manakala tarikh peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga dipercepatkan. Justeru Rafidah mengumumkan pelan peralihan jawatan itu untuk menentukan peralihan kuasa antara Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar tanpa diganggu gugat ketidakstabilan Wanita jika ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Sehingga hari ini Rafidah telah memperoleh 116 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita, manakala Shahrizat pula mendapat 73 pencalonan iaitu sesuatu yang diluar jangkaannya dan membolehkan dia bertanding jawatan no. 1 Wanita itu. Bagi jawatan Naib Ketua pula Shahrizat menerima 113 pencalonan.

KULAT: Sharizat seperti tidak percaya bahawa beliau menerima pencalonan yang tidak diduganya. Walaupun pelan perlalihan telah dipersetujui bersama dengan ketuanya namun kehendak akar umbi telah memberi signal yang Kak Pidah tidak perlu lagi bersusah payah memimpin Wanita. Justeru ianya bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal bagi Sharizat yang beliau sebenarnya juga kepingin untuk menduduki singgahsana Wanita itu. Lantas Mami Rizat ni seperti 'teruja' dan tidak sabar untuk meminta Kak Pidah melepaskan segera kerusi empuk yang didudukinya sekian lama itu. Wallahualam.

Ahad, 9 November 2008

NAZRI MEMANG PEMBOHONG..??

apa hal engkau orang nak komplen aku, piiraahhh...!!! diaorangpun sama juga...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa ketiga-tiga hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 memang telah DIPECAT. Kenyataan ini bertentangan dengan pengumuman secara terbuka di parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mendakwa hakim tersebut hanya DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN. "SETAHU SAYA, MEREKA DIPECAT" ini kenyataan terbuka mantan PM itu sekaligus menafikan sekerasnya kenapa Nazri Aziz membuat kenyataan demikian? (seterusnya....klik sini)

Jelaslah bahawa Nazri telah berbohong dalam Dewan Parlimen dan rakyat negara ini telah mendapat suatu jawapan yang mengelirukan dari pihak kerajaan. Kenyataan beliau itu turut dipersoalkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang akan membawa usul di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengeluarkan fakta yang mengelirukan Parlimen. Usul ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk diambil tindakan ke atasnya.

"Pada 1998, Dr. Mahathir telah membentuk satu tibunal khas untuk membicarakan Tun Salleh Abas, atas tuduhan salah laku serta mempertikaikan pindaan2 perlembagaan yang dibuat oleh Dr Mahathir yang pada pandangan bekas ketua hakim itu akan MENGHAKIS secara serius kedaulatan kehakiman negara ini. Tribunal itu mengambil keputusan Tun Salleh Abas dipecat. Hakim2 lain (Tan Sri GE Seah Kim Seng dan Tan Sri Wan Sulaiman) yang membantah keputusan Mahathir itu juga turut sama dipecat kerana didakwa bertindak salah laku oleh satu lagi tribunal lain yang dibentuk".

Nazri memang mengelirukan rakyat. Beliau telah memperkosakan janji yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zahid Ibrahim semasa berucap di Dewan Rakyat mengulung Rang Undang2 Gaji (Pindaan) 2008 pada 15 Julai lalu. Janji itu dibuat atas nama Kerajaan Malaysia bahawa beliau tidak akan mengumumkan jumlah bayaran ex-gratia kepada mantan Ketua Hakim Negara dan lima lagi bekas hakim yang lain. Namun kali ini Nazri bertindak sebaliknya dan meletakkan para hakim tadi seperti 'mata duitan' dan menjual maruah dengan wang ringgit dan bukannya seperti membalas kesilapan atau hanya sebagai tanda membetulkan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh pentadbiran pemimpin terdahulu.

KULAT: Apapun "telajak perahu boleh berundur, telajak kata padah nasibnya". Tindakan kerajaan telah menimbulkan tanda tanya kepada rakyat. Bagaimana dengan kes pemecatan DSAI yang ternyata tidak bersalah? Apakah beliau juga layak menerima ex-gratia seperti para hakim tersebut sebagai tanda dan penghargaan sumbangannya kepada kerajaan dan negara? Masyarakat kini dimiliki pemimpin kerajaan yang mengelirukan. Apakah motif Nazri hanya dia sahaja yang mengetahuinya. Wallahualam.

Sabtu, 8 November 2008

RPK, LEPAS DARI ISA MASUK PULAK SEKSYEN 500

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin yang ditahan dibawah ISA telah dibebaskan. Raja Petra yang telah membuat permohonan pembebasan menerusi habeas corpus dan terbukti penahanannya tidak mengikut undang-undang. Dia ditahan kerana menyiarkan artikel yang didakwa menghina Islam. Namun selepas ini, RPK bakal menempuh pula halangan lain iaitu tuduhan memfitnah. Beliau dijangka akan dikenakan tuduhan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah pula. Antara kes yang bakal mengheret beliau ialah kes melibatkan seorang peguam, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan yang terhangat melibatkan isteri timbalan perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Itu sendiri.
KULAT: Episod pertama telah menelanjangkan karektor Menteri Dalam Negeri Malaysia yang sebelum ini mempertahanankan tindakannya menahan RPK dibawah ISA. RPK dijangka akan dikenakan tuduhan lain yang sedang dalam proses pertuduhan ke atas dirinya. Apapun yang paling penting sekarang, rakyat sedang ternanti-nanti akan kehadiran beliau di mahkamah tinggi untuk mengetahui maklumat penting tentang kes ALTANTUNYA.

Khamis, 6 November 2008

BERPULUH JUTA DUIT RAKYAT DAH LESAP, NAMUN PENYAMUNNYA MASIH LAGI BEBAS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membebaskan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas tuduhan melakukan pecah amanah dan penipuan pelaburan Ketengah berjumlah RM9 juta dalam syarikat Tasik Puteri Integrated Farm Sdn Bhd antara 24 Jun dan 9 Ogos 1999 lalu. Abdul Aziz kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur kepada Tuhan kerana kebenaran akhirnya terbukti.

KULAT: Rasa syukur Datuk Abdul Aziz itu sememangnya milik dirinya untuk ianya panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa. Namun Kes penyelewengan wang PPRT yang didedahkan oleh bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid berhubung penipuan pelaburan berjumlah RM40 juta membabitkan pelaksanaan PPRT masih lagi belum terjawab. Laporan kepada kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dibuat dan kemudiannya polis telah menahan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Dr. Abdul Aziz Mohamad (kini dibebaskan), Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Alwi Said, bekas Ketua Pengarah RISDA, Datuk Nik Kamaruddin Nik Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Setiausaha KPLB, Mohd. Arif Abu Bakar.
Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan reman. Apa kesudahan kes berprofail tinggi ini bersama bekas Menteri yang menerajuinya dahulu masih lagi belum terjawab dan terus menjadi tanda tanya hingga sekarang. Hal ini diakui sendiri oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri. Siapa arah siapa? Wallahualam.

Selasa, 4 November 2008

SELEPAS SHAH RUKH KHAN, ARTIS SINGAPURA PULA BAKAL MENERIMA DATUK?

Penyayi Melayu Singapura yang popular dengan lagu 'Gadis Melayu' pada zaman 70an telah membuat kejutan dengan mereka laman web khas untuk Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Laman web berkenaan dipenuhi dengan input dan info terkini mengenai pencalonan Datuk Ali Rustam atas jawatan kedua tertinggi dalam UMNO. Menurut penyayi itu, tujuannya adalah untuk rakyat negara ini menyokong kepimpinan Ketua Menteri Melaka itu dalam bidang politik dan laman web tersebut menurutnya lagi serba sedikit dapat membantu beliau meneruskan misi dan visi dalam UMNO yang sememangnya memberi impak positif kepada seluruh masyarakat.

untuk mengetahui laman web yg dibangunkan
oleh penyayi tersebut, sila klik pada gambar

KULAT: Memang ramai juga yang terkejut bila mendapat tahu artis Singapura itu rupanya penyokong kuat Ketua Menteri Melaka. Bila difikirkan, apa kaitannya dengan kerajaan negeri Melaka. Nak kata penyanyi tu ada kaitan sedara sepupu sepipit tak tahulak Kulat. Selama berpuluh2 tahun bergelar artis, setahu Kulat penyanyi tu pun tak pernah diundang menyanyi di majlis2 rasmi kerajaan negeri? Apapun tindakan penyanyi itu sebenarnya satu kejutan dan sebagai tanda sokongannya kepada Datuk Ali Rustam. Semoga selepas ini, tahun depan penyanyi tersebut bergelar Datuk Othman Hamzah. Wallahualam.

Sabtu, 1 November 2008

MESTI BACA...KISAH BENAR SEORANG MUALAF

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Baca dan Renungkanlah. ...Kisah Farhan b. Abdullah, seorang mualaf yang mengisahkan perjalanannya memeluk Islam.


Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat.

Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!! Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil mata pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya mata pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).... "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat iaitu:-
1. Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
2. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
3. konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz ituke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau.... " Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, "Cikgu Islamkan saya........ ." Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.

Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM, Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun.

Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja! Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam! Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa Agungnya kekuasaanMu. ...Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas.

Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!! Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..pura-pura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!! Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. InsyaAllah!!!
Kulat: Anda nilaikanlah sendiri, keimanan yang dimiliki oleh seorang Mualaf, lebih teguhnya dari seorang Islam yang sejak ianya dilahirkan Islam dan mengaku Islam . Wallahualam.