Selasa, 27 Mei 2008

'BISIK-BISIK AWANG SELAMAT' SETUJU MB PERAK DIBERI PELUANG KE UDARA

Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar mendakwa, bahawa beliau tidak diberi peluang untuk ke udara di stesen radio Perak FM. Beliau yang mendakwa telah memohon kepada Perak FM untuk slot setengah jam sehingga kini masih lagi tidak dilayan.

Menurut Menteri Besar itu, biarpun menerajui kerajaan campuran Pakatan Rakyat (DAP-Pas-PKR) , beliau sewajarnya diberi penghormatan atas kapasitinya sebagai pegawai ekskutif negeri untuk beliau menyampaikan visi sebuah kerajaan negeri yang baru. Sekurang-kurangnya visi dan misinya menerusi stesen radio akan dapat dinilai oleh rakyatnya sendiri.

Pemasalahan ini juga mendapat perhatian dan sedikit simpati daripada 'Bisik-bisik Awang Selamat', Utusan Malaysia - 27 Mei 2008 (walaupun pada awal kenyataannya ada sedikit kontra) yang menyatakan tidak nampak ada sebarang masalah apatah lagi sekarang Kementerian Penerangan di bawah teraju menterinya, Ahmad Shabeery Cheek sudah melaksanakan dasar yang lebih terbuka.

Menurut Awang lagi jika RTM sendiri sudah boleh memperkenalkan program Blog di TV1 yang memberi peluang kepada pengendali blog bercakap bebas dan mengkiritik kerajaan pusat, tiada sebab mengapa Mohamad Nizar yang bertaraf Menteri Besar itu tidak diberi peluang.

Ahad, 25 Mei 2008

"SATU KAPAL DUA NAKHODA"- ADAKAH MEREKA BAKAL BERSAING?


Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dalam satu wawancara berhasrat untuk menawarkan diri sebagai calon jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Beliau menawarkan diri setelah melihat suasana politik Umno yang sekarang ini perlukan perubahan selepas pencapaian buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 lalu, dan kemelut yang melanda parti itu sendiri.

Kenyataan ini akan menjadi tanda tanya kepada naib presiden atau penyandangnya iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam tetang cita-cita Tan Sri Rahim itu? Pertembungan ini nanti pastinya akan menjadi suatu sejarah negeri Melaka dan negara apabila pemilihan jawatan tertinggi itu melibatkan dua tokoh dari satu negeri. Bertepatan sekali ungkapan kerajaan negeri "Melaka dimana segalanya bermula.........."

Namun begitu hasrat Tan Sri itu perlu terlebih dahulu mendapat sokongan daripada kalangan ahli kerana hanya mereka sahaja yang mempunyai kuasa untuk kedua-dua tokoh ini untuk terus bersaing demi memperbaiki dan memperkukuhkan Umno untuk masa depan orang Melayu.

Jika jadi kenyataan, maka seperti "sireh pulang ke gagang'. sebahagaian team "wawasan' (Tan Sri Mohd. Taib, Tan Sri Muyiddin, Datuk Seri Najib?) menceriakan lagi pemilihan akan datang dan mungkinkah mereka ini akan bersatu. Bagaimana pula nanti dengan kedudukan penyandangnya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bukan dikalangan team wawasan? Adakah perebutan ini nanti bakal mengundang kompromi atau mereka berdua terus bersaing. Hanya perwakilan sahaja yang dapat menentukan mereka.

Sabtu, 24 Mei 2008

ADAKAH FADHLY MANGSA DISKRIMINASI??

Gambar ehsan-BH
Tak ada seorang pun di dunia ini yang ingin dilahirkan cacat atau kurang sempurna. Mereka adalah insan istimewa yang dijelmakan olejh Allah swt. untuk insan lain memberi sedikit simpati serta merasa syukur diatas kesempurnaan diri sendiri yang ada.
Allah menjadikan manusia itu tiada bezanya antara satu sama lain malah disuruhnya saling bantu membantu agar dapat sama-sama dapat merasa segala kekurangan yang ada. Tetapi hal ini tidak terjadi kepada seorang graduan kerdil berumur 26 tahun yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan walaupun memiliki Ijazah dari IPTA.
Mohammad Fadhly sudah menghadiri 50 temu duga dalam tempoh setahun gagal mendapat sebarang pekerjaan walaupun segulung Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Darul Iman (UDM) bukti yang boleh melayakan individu itu memegang jawatan yang baik di sektor awam ataupun swasta.
Selain daripada Ijazah, beliau juga pemegang diploma dalam bidang Pengajian Maklumat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendakwa didikriminasikan kerana keadaan fizikalnya yang tidak sempurna. Beliau menjadi mangsa keadaan dari pihak-pihak swasta malah juga dari pihak kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Badan-badan Berkanun.
Harap pihak kerajaan atau piahk=pihak NGO yang lain agar dapat membantu Mohammad Fadhly mendapatkan pekerjaan bersesuaian dengan kelayakannya yang ada. Kalau mereka tidak memberi peluang, sia-sia saja golongan istimewa ini belajar sehingga mendapat ijazah.
Muhamad Fadhly berkata, walaupun tidak boleh bergerak aktif tetapi beliau boleh melakukan kerja-kerja perkomputeran. Sebagai anak sulung beliau perlu menanggung keluarga kerana ibu bapanya sudah bersara, selain menanggung hutang pengajian RM28,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kepada pihak-pihak yang berwajib, tolonglah manusia istimewa ini. Mungkin apa yang dipaparkan ini hanyalah sebahagian sahaja yang sebenarnya masih lebih ramai lagi diluar sana yang menghadapi masalah seperti Mohamad Fadhly.

Jumaat, 23 Mei 2008

PAK LAH TIDAK AKAN TUNDUK PADA TDM



Pak Lah setakat ini masih tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan tunduk terhadap tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM). Menurut Pak Lah beliau kini banyak tugas yang harus diselesaikan dan akan terus memimpin UMNO dan seterusnya menerajui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau yang agak terkejut dengan pengumuman TDM berharap agar semua ahli UMNO yang sayang parti Ketuanan Melayu itu bersabar dan tidak terpengaruh dengan tindakan TDM itu.
Pak Lah masih berasa yakin bahawa ahli UMNO yang benar-benar sayangkan parti Ketuanan Melayu itu tidak akan meninggalkan UMNO walaupun ianya sedar akan kemungkinan sebahagian akan mengikut langkah CetDet. Ahli UMNOyang setia kepada partinya akan terus berjuang bersama Pak Lah.
Apapun Pak Lah masih mendakwa masih ramai lagi ahli UMNO yang mahukan beliau terus memimpin UMNO dan negara walaupun pada sebahagiannya ramai yang mengkritik kepimpinannya selepas beliau dilihat gagal membawa BN mengungguli majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.
Apakah benar kenyataan Pak Lah yang mengatakan majoriti ahli Umno hari ini masih sayang kepada Umno dan beri kekuatan kepadanya untuk terus berjuang? Apa yang pastinya beliau kini menerima tekanan dari berbagai pihak terutamanya TDM. Pak lah tidak harus memandang mudah pengaruh yang dimiliki oleh TDM. Apakah kesudahannya nanti Mr. Cool ini setidak-tidaknya jika beliau dipertandingkan pada Perhimpunan UMNO Disember nanti.
Wallahualam - Gambar ehsan dari BH.

Khamis, 22 Mei 2008

APA DAH JADI DENGAN TUN DR MAHATHIR?



MELAYU MUDAH LUPA..? UNGKAPAN YANG KINI MASIH LAGI MASIH LAGI BERMAIN-MAIN DIBIBIR PEMIMPIN UMNO. DULU, KINI DAN SELAMANYA..TETAPI KUSANGKA PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI. APA DAH JADI DENGAN TUN?

APA DAH JADI DENGAN UMNO. APAKAH KENYATAAN TUN YANG SERINGKALI MENGKRITIK PENGANTINYA MENYEBABKAN AHLI UMNO RAMAI YANG BERPALING TADAH? APAKAH SEBENARNYA YANG DIHAJATI OLEH TUN, SEHINGGA KINI MASIH LAGI MENJADI TANDA TANYA BANYAK PIHAK.

SEJAK BEREHAT DARI TAMPUK KUASA, BELIAU SERING MENGKRITIK PENTADBIRAN PAK LAH. APATAH LAGI SELEPAS KESAN PRU12, KRITIKANNYA TERUS BERAPI-API DAN LEBIH-LEBIH LAGI IANYA MENGKUSUTKAN LAGI PARTI PUSAKA ORANG MELAYU.

KENYATAAN TERBARU TUN UNTUK KELUAR DARI UMNO MERUNCINGKAN LAGI SENARIO POLITK UMNO APATAH LAGI IANYA BOLEH MENJURUS KEPADA PERPECAHAN DIKALANGAN ORANG MELAYU. TUN MASIH MENYALAHKAN PAK LAH YANG TIDAK BIJAK BERTINDAK.

AKAN TETAPI PERLU DIINGAT, PEMIMPIN-PEMIMPIN KANAN UMNO JUGA TURUT BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS MUSIBAH PRU12 YANG LALU. TETAPI KENYATAAN TUN TIDAK MENGAITKAN MEREKA SAMA SEKALI MALAH MASIH MENUDING JARI KEPADA PENGASAS ISLAM HADHARI ITU.

APA YANG KITA LIHAT SEKARANG INI, SEOLAH-OLAH SEBUAH PEPERANGAN KELUARGA ANTARA KELUARGA MAHATHIR DENGAN KELUARGA ABDULLAH. YANG LAIN HANYA TUNGGU PANDANG DAN LIHAT. TIBA MASANYA APABILA KEDUA-DUANYA JATUH, ORANG LAIN YANG MENGAMBIL KESEMPATAN AKAN BERADA DI TAMPUK KUASA. WALLAHHUALAM

Malaysia oh Malaysiaku


RAKYAT YANG BERHAK MENERIMA PEMBANGUNAN